nama diberi

Sunday, 24 June 2012

saya nak Allah..

sekarang saya rasa sangat kecewa dengan carry mark saya. rasa macam saya tak contribute apa-apa dalam subjek akaun. Ya Allah saya sangat sedih, bantu saya ya Allah. mata saya dah berkaca-kaca, air mata sikit lagi nak menitis. Ya Allah adakah semester depan saya kena repeat paper ini lagi, hanya diriMu yang dapat membantu hamba. Bantulah hamba untuk redakan kesedihan ini, dan menerima takdirMu ini. sesungguhnya engkau maha mengetahui hikmah disebalik ujian ini. jadikanlah hamba orang yang tidak berputus asa dengan rahmatmu.ameen...

Thursday, 17 May 2012

baitul muslim

perkongsian ilmu dari forum Bila Hati Berbicara
Dr Farhan Hadi dan isteri Ustazah Fatimah Syarha
                        BAITUL MUSLIM
pernikahan bukan sekadar niat untuk berkahwin semata-mata, tetapi hendaklah menghasilkan pernikahan yang dapat memberi impak yang besar kepada orang sekeliling.contohnya memberi sumbangan dari segi menghasilkan zuriat yang soleh dan solehah, sebab anak adalah sebagai saham kepada ibu-bapa. si isteri jangan lah suke memonopoli suami ikhlaskan diri untuk dimadukan.sabar dulu bukan dimadukan dengan wanita lain tapi dengan dakwah dan perjuangan suami.

Wednesday, 9 May 2012

ujian ilahi

sekarang saya diuji dengan pelbagai masalah. bermula masalah keluarga, perasaan dan pelajaran.

saya dibesarkan bukan dalam suasana betul-betul islam. ayah saya bukan orang masjid , ibu saya bukan memakai tudung labuh, abang saya nakal, adik-adik saya tidak tahu. lalu haruskah semua ini dijadikan alasan untuk saya berubah kearah kehidupan islam yang sebenar. sebenarnya saya lah yang harus menarik mereka semua kearah kebenaran Allah.

apabila saya dewasa saya mencari kasih sayang orang luar, kononnya nak isi kekosongan hati. nonsense sebenarnya bila fikir begitu. selepas itu saya dikecewakan. bukan sekali tapi 3 kali. masuk kali ketiga baru saya faham sepatutnya kasih sayang sebenar yang patut saya cari adalah cinta Allah. terima kasih jugak pada yang telah kecewakan saya. dengan rase sedih itu membawa saya meraih cinta ilahi. saya ingin terus berada disisi cinta abadi ini.

orang kata belajar itu susah tapi lagi susah bila da kerja nanti. assignment banyak besabar dan lakukan sikit hingga siap, exam banyak hingga lupe nak g exam timbul pulak masalah baru. bersabar je dan laluinya degan senyuman.sememangnya zaman sekarang belajar tinggi pun belum tentu dapat kerja yang bagus tapi belajar itu sebagai menuntut ilmu, ikhlaskan kerana Allah. insyaAllah ilmu itu akan sangat berguna pada kita dihari muka.

bulan ini banyak sangat yang berlaku pada saya.saya harap semua ini menjadikan saya  seorang pencinta Allah yang penyabar, tabah, kuat dan berjaya dalam hidup.


Friday, 20 April 2012

untungnya seorang wanita


“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.”
(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

bagi saye kamu sangat tabah

mahu jadi setabah kamu irma hasmie
kagum terhadap sikap kamu menghadapi ujian ilahi.
kmu tidak jatuh tapi kamu terus bangun mencari kesilapan diri.
malah sedia memperbaiki diri.

Tuesday, 17 April 2012

nak hati sesuci hati mereka


"saya belum tentu akan menikahi orang yang saya cintai
tapi saya akan mencintai orang yang saya nikahi"

setelah saye bace entry dari blog isteri ally iskandar, farah lee..baru saye sedar bercinte lepas nikah lagi best..hehehe.napela lambat jumpe blog dia. bersihnya hati seseorang wanita tu kalau dia  tidak pernah mencintai orang lain, cintanya hanya untuk lelaki yang bergelar suami..teringin nak jadi hati sesuci seperti hati wanita golongan ini. tapi masalahnya saye dah pernah banyak mencintai lelaki..hahaha kan dah menyesal. ish   tak baik la menyesal ngan kisah silam itu kan takdir Allah S.W.T kalau kite menyesal maknenya kite tak rheda ngan takdir Allah, itu kan dah berdose. janganla rase sedih yang penting adalah masa sekarang dan masa hadapan kita ye dok?..perbaiki la diri untuk menjadi orang yang disayangi Allah. indahnya islam.