sekarang saya diuji dengan pelbagai masalah. bermula masalah keluarga, perasaan dan pelajaran.
saya dibesarkan bukan dalam suasana betul-betul islam. ayah saya bukan orang masjid , ibu saya bukan memakai tudung labuh, abang saya nakal, adik-adik saya tidak tahu. lalu haruskah semua ini dijadikan alasan untuk saya berubah kearah kehidupan islam yang sebenar. sebenarnya saya lah yang harus menarik mereka semua kearah kebenaran Allah.
apabila saya dewasa saya mencari kasih sayang orang luar, kononnya nak isi kekosongan hati. nonsense sebenarnya bila fikir begitu. selepas itu saya dikecewakan. bukan sekali tapi 3 kali. masuk kali ketiga baru saya faham sepatutnya kasih sayang sebenar yang patut saya cari adalah cinta Allah. terima kasih jugak pada yang telah kecewakan saya. dengan rase sedih itu membawa saya meraih cinta ilahi. saya ingin terus berada disisi cinta abadi ini.
orang kata belajar itu susah tapi lagi susah bila da kerja nanti. assignment banyak besabar dan lakukan sikit hingga siap, exam banyak hingga lupe nak g exam timbul pulak masalah baru. bersabar je dan laluinya degan senyuman.sememangnya zaman sekarang belajar tinggi pun belum tentu dapat kerja yang bagus tapi belajar itu sebagai menuntut ilmu, ikhlaskan kerana Allah. insyaAllah ilmu itu akan sangat berguna pada kita dihari muka.
bulan ini banyak sangat yang berlaku pada saya.saya harap semua ini menjadikan saya seorang pencinta Allah yang penyabar, tabah, kuat dan berjaya dalam hidup.