nama diberi

Friday, 20 April 2012

untungnya seorang wanita


“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.”
(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

bagi saye kamu sangat tabah

mahu jadi setabah kamu irma hasmie
kagum terhadap sikap kamu menghadapi ujian ilahi.
kmu tidak jatuh tapi kamu terus bangun mencari kesilapan diri.
malah sedia memperbaiki diri.

Tuesday, 17 April 2012

nak hati sesuci hati mereka


"saya belum tentu akan menikahi orang yang saya cintai
tapi saya akan mencintai orang yang saya nikahi"

setelah saye bace entry dari blog isteri ally iskandar, farah lee..baru saye sedar bercinte lepas nikah lagi best..hehehe.napela lambat jumpe blog dia. bersihnya hati seseorang wanita tu kalau dia  tidak pernah mencintai orang lain, cintanya hanya untuk lelaki yang bergelar suami..teringin nak jadi hati sesuci seperti hati wanita golongan ini. tapi masalahnya saye dah pernah banyak mencintai lelaki..hahaha kan dah menyesal. ish   tak baik la menyesal ngan kisah silam itu kan takdir Allah S.W.T kalau kite menyesal maknenya kite tak rheda ngan takdir Allah, itu kan dah berdose. janganla rase sedih yang penting adalah masa sekarang dan masa hadapan kita ye dok?..perbaiki la diri untuk menjadi orang yang disayangi Allah. indahnya islam.

Saturday, 14 April 2012

nak bergantung takde tempat?

apabila menyayangi manusia kenape perlu kita meletakkan semuanya pada manusia?.dan apabila dikecewakan mulalah bersedih, putus harapan, hilang arah tuju dan rase tiada lagi makna hidup. tunggu cuba fikirkan kembali kita masih ada apa? sudah semestinya kita masih punya Allah S.W.T. apabila kita rasa sedih mengadulah padaNya jangan takut Allah S.W.T kan penjage rahsia yang terbaik. sekarang saya pun tengah bersedih. selama ini saya sangat bergantung pada manusia semuanya saya ceritakan pada manusia, ada yang terus menyimpannya dan ada juga memandang sinis terhadap saya apabila mengetahui cerita yang tidak manis tentang saya. erm kan lebih baik saya berkongsi rahsia dengan pencipta saya Dia kan sangat mengenali saya. oleh itu jangan terlalu bergantung pada manusia kerana manusia akan kecewakan kita tapi sebaliknya Allah S.W.T tidak akan kecewakan kita.

Friday, 13 April 2012

Assalamualaikum..

terasa sedih pulak kalau orang lupekan kite. tapi nak wat camne biarkan jela, yang penting Allah S.W.T selalu ade bersama kite.itupun kalau kite sentiasa ingat padaNya. selalu berzikir, mengaji dan bersolat. dengan cara ini sahaje jiwa akan menjadi tenang.
satu lagi sangat sedih apabila orang mengata keburukkan kite. tak usah bersedih mari muhasabah diri. itukan masa lalu kite yang penting jangan ulanginya. yang penting adalah pandangan Allah S.W.T terhadap kite bukan pandangan manusia.

Thursday, 12 April 2012

Malam yang Menyeramkan

ketukkan pintu berulang kali secara kuat menyeramkan kami dibawah ni. nak pergi tengok pun takut. tak tahu la nak wat ape da. nak pegi toilet pun takut. hehehe rupe-rupenya pintu dia rosak. itu sebab dia tendang pintu. lawak je