apabila menyayangi manusia kenape perlu kita meletakkan semuanya pada manusia?.dan apabila dikecewakan mulalah bersedih, putus harapan, hilang arah tuju dan rase tiada lagi makna hidup. tunggu cuba fikirkan kembali kita masih ada apa? sudah semestinya kita masih punya Allah S.W.T. apabila kita rasa sedih mengadulah padaNya jangan takut Allah S.W.T kan penjage rahsia yang terbaik. sekarang saya pun tengah bersedih. selama ini saya sangat bergantung pada manusia semuanya saya ceritakan pada manusia, ada yang terus menyimpannya dan ada juga memandang sinis terhadap saya apabila mengetahui cerita yang tidak manis tentang saya. erm kan lebih baik saya berkongsi rahsia dengan pencipta saya Dia kan sangat mengenali saya. oleh itu jangan terlalu bergantung pada manusia kerana manusia akan kecewakan kita tapi sebaliknya Allah S.W.T tidak akan kecewakan kita.
No comments:
Post a Comment